Pemerkasa PLUS | Hanya RM5 bilion suntikan tunai, PH kemuka 5 tuntutan

2022-03-24 0

Pakatan Harapan (PH) menyifatkan pakej rangsangan ekonomi Pemerkasa PLUS yang diumumkan Perdana Menteri semalam adalah tidak memadai berbanding kerugian yang dijangka dialami Malaysia. Menerusi satu kenyataan media, Majlis Presiden PH kecewa apabila mendapati hanya RM5 bilion adalah suntikan tunai baharu, dan bukannya RM45 bilion suntikan tunai yang diperlukan ekonomi negara untuk mengatasi kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 terhadap ekonomi.